Saturday, August 6, 2011

Ramadhan? Panas!



Ramadhan? Panas! Bila nak balik kampung, ramai sangat orang. Train delay, penuh lebih dari tin Sardin lagi.

Ramadhan? Panas! Bila beli makanan kat bazar, ada pula orang yang jual kuih dah basi.

Ramadhan? Panas! Makin banyak pula assignment kat sini!

-------------------

Ramadhan? Panas! Bila tengah seronok puasa, period pulak.

Ramadhan? Panas! Dah hari ke-6, banyak lagi surah nak kena baca ni!

Ramadhan? Panas! Ramai orang la pergi terawih. Nak kena cepat2 ni, kalau tak, tak dapat tempat!

-------------------

Macam-macam perasaan, macam-macam hal bila tiba Ramadhan ni. Apa-apa pun, semoga kita tak menjadi hamba Ramadhan, tetapi menjadi hamba-Nya. :)


“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu, sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa” (2:183)

Salam Sayang,




Credits : Google for images.

Monday, August 1, 2011

BISIS UNTUK SEMUA. :')



Macam Chipsmore kan Cik Mimosapudica? Kejap ada, kejap takde. :( Well, now, we are back, again! :)
Sorry for disappear! T_T

Oh, ni ada utusan diraja daripada orang kuat HELWI.
-----------------------------------

Assalamualaikum kepada semua pembaca..

Jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini. Mudah-mudahan kita semua lebih baik daripada sebelumnya dari segi peningkatan akademik, sahsiah dan tidak dilupa, iman serta cinta kita padaNya kian bertambah.

HELWI telah pun melepasi penggal yang pertama. Banyak suka dan duka yang dikongsi bersama. Semua maklum, barisan kepimpinan HELWI pada tahun ini telah bersepakat untuk menamakan perjumpaan muslimat yang diadakan pada setiap hari jumaat kepada BISIS atau nama penuhnya Bicara Siswi. Jika sebelum ini, perjumpaan tersebut lebih sinonim dengan panggilan perjumpaan Helwi.

Helwi merupakan sebuah portfolio yang terdapat di dalam organisasi JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) manakala BISIS merupakan sebuah aktiviti berkala yang dianjurkan oleh HELWI. Di atas kesedaran dan kefahaman itulah, perkataan BISIS digunakan bagi menggambarkan perjumpaan tersebut.

Jika kita imbas kembali, satu persatu tajuk-tajuk yang telah dibawa dalam BISIS.

1) Pengenalan Organisasi HELWI 11/12

2) Pengurusan Kewangan : Antara Kehendak dan Keperluan Mana yang perlu Diutamakan

3) Cinta Allah vs cinta manusia

4) Hakikat Wanita ( Ust. Hannan)

5) Hak Wanita Semasa dan Selepas Perkahwinan dalam Perspektif Islam

6) Fiqh Wanita

7) Ceramah Kesihatan Wanita

Tanpa sokongan kalian, BISIS tidak akan dapat diteruskan hingga hari.. Terima kasih diucapkan.

BISIS untuk semua.. It’s true... BISIS untuk semua.. Bukan disasarkan kepada golongan tertentu sahaja.

Datanglah ke BISIS wahai sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak sekalian kerana BISIS itu dilaksanakan untuk kalian, untuk kita semua.. Bukan untuk mencari publisiti atau nak buat banding beza HELWI tahun mana yang paling mantap.

NO!!! Bukan itu matlamatnya.. Sedangkan kita perlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup, hati juga perlukan makanan rohani.. Manusia itu mudah lupa, dek kerana itulah manusia sentiasa perlukan nasihat, teguran, bimbingan dalam menjalani kehidupan ini.

BISIS untuk semua... Jangan ada rasa rendah diri, malas, mengantuk, x enjoy dan sebagainya.. Buang semua sifat tersebut.. Lawan sifat-sifat negatif tu.

Kalau boring, adukan pada kami dan cadangkan apa yang kalian inginkan... Selagi apa yang dicadangkan itu baik di sisi syarak dan sesuai dengan kemampuan AJK, apa salahnya kalau kita proceed cadangan tersebut... HARGAILAH SESUATU SEMENTARA IA MASIH ADA... YES!! BISIS 4 ALL.

Nukilan : hanann_nasl

-----------------------------------

Itu luahan hati orang kuat HELWI.. Apa kata kita pula?

Mimosapudica kata : "Jujur, ada masanya semua ini terasa sangat berat, bagaikan ada batu berat yang diletakkan di atas kepala. Tapi, kadang-kadang, rasa itu perlu dilawan, demi jiwa yang kosong ini. Nak pujuk hati bukannya mudah kan? Tapi, perlahan-lahan terbang, mesti sampai puncak juga nanti kan?"


Salam Sayang,




P.S. Selamat berpuasa! :)

Saturday, April 9, 2011

Aku tak nak kau la!



Benarlah kata orang, cinta itu memang buta.

Ehem, orang putih kata, Love is blind.

Bila dah jatuh cinta, apa saja akan dilakukan untuk mendapatkan apa yang dicintai.

Macam lagu Luahan Hati,
"Akan kurenang lautan yang berapi, membuktikan kehebatannya cinta ini"

Ya, semuanya kerana cinta.

Tapi, tau tak yang cinta tak boleh dipaksa?!

Tau tak soal hati selalu tak punya jawapan?!

Berapa kali harus aku katakan, yang aku tak cinta padamu?

"Bukan aku tak sudi kasih", macam kata Iklim.

Tapi, aku memang tak dibius cinta!

Kenapa kau masih berdegil? Kenapa kau masih tak mengerti? Kenapa?!

Pergilah kau, pergi. Usah menghantui aku lagi!

Apa, kau kata aku halau kau?! Ya, aku memang halau kau ni!
*Jelir lidah. Wekk! Pergilaaaa!

Ketahuilah bahawa, AKU TAK NAK KAU LA ASSIGMENTS!
--------------------------

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

--------------------------

Senyumlah awak! Senyumlah. Senyumlah kat Assignments! Terima cinta dia dan hargailah detik-detik awak bersama dengan dia. Selamat bersama-sama dia! :)

Nah, lolipop untuk awak yang tengah buat assigments tu! Tapi, sorry, saya dah gigit sikit.


Salam Sayang,




P.S. :
Tanpa assignments, siapalah kita kat IPG ni. Moga-moga apa yang dilakukan ini dikira sebagai ibadah juga. Good Luck!

Friday, April 8, 2011

Lu apa tau?!



Bila bicara soal wanita, pasti isu masakan akan disentuh.

"Awak, pandai masak? Kalau tak pandai masak, maaflah,
REJECT!"

Sedap je kan orang lain bercakap.

Tapi, itu
reality. Majoriti mak-mak mentua di luar sana berharap yang anak-anak mereka akan dapat ISTERI-ISTERI, opps, ISTERI yang pandai masak supaya anak-anak lelaki mereka akan sihat dan bertambah sihat.

Err, mungkin sihat macam kucing ni?

-------------------------

Bila bicara soal wanita, pasti isu nafsu akan disentuh.

"Ni semua salah perempuanlah nafsu gua naik."

Oh, sedapnya mengata perempuan.

Tapi, itu reality.

Kita, wanita (Oh, rasa macam dah dewasa + dah boleh kahwin pulak) memang sentiasa cantik, menarik, tertarik dan 'Da Bomb' pada mata lelaki-lelaki.

Yalah, mereka tak punya apa yang kita punya kan? (Kenyit-kenyit mata)

Er. -__-'

-------------------------

Bila bicara soal wanita, pasti isu anak akan disentuh.

"Ini semua salah ibu, pandai mengandung, tapi tak pandai jaga anak!"

Amboi! Salah ke ibu pandai mengandung, bapa tak pandai mengandung? -___-'

Tapi, itu reality.

Ibu yang mengandung, mesti pandai jaga anak. Kalau tak pandai pun, mesti pandai-pandaikan juga.

Alolololo.. Bila besar, cute lagi macam ni tak? Lupa mak tak?

-------------------------

Well, siapa kata jadi wanita itu senang?!

Memang kami dapat CUTI bro!

Tapi, CUTI bukan sebarang CUTI bro.

Ada masanya, CUTI tu SAKIT.

Kadang2 sampai rasa nak nangis macam ni tau! ;(

Lagipun bro, orang kata, ramai wanita dalam neraka bro!

Lu fikir jadi wanita senang, sampai lu pun nak jadi wanita kan bro!

Tapi kami yang benar-benar wanita ni risau.

Risau, kerana kami, orang lain boleh masuk neraka.

Risau sebab, kami dikatakan sebagai golongan yang paling ramai menghuni neraka.

Lu apa tau?

Salam sayang,


A NEW START



InsyaAllah, kami akan kembali menulis dan berkongsi apa-apa yang patut.

Kalau ada sebarang soalan atau maklum balas, bolehlah emailkan ke helwikampis@gmail.com.


Senyum, senyum selalu! Peace no war! =D


Salam Sayang,




P.S. Image above belongs to Nayzak. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails