BICARA SISWI
Saturday, August 6, 2011
Ramadhan? Panas!
Monday, August 1, 2011
BISIS UNTUK SEMUA. :')
Assalamualaikum kepada semua pembaca..
Jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini. Mudah-mudahan kita semua lebih baik daripada sebelumnya dari segi peningkatan akademik, sahsiah dan tidak dilupa, iman serta cinta kita padaNya kian bertambah.
HELWI telah pun melepasi penggal yang pertama. Banyak suka dan duka yang dikongsi bersama. Semua maklum, barisan kepimpinan HELWI pada tahun ini telah bersepakat untuk menamakan perjumpaan muslimat yang diadakan pada setiap hari jumaat kepada BISIS atau nama penuhnya Bicara Siswi. Jika sebelum ini, perjumpaan tersebut lebih sinonim dengan panggilan perjumpaan Helwi.
Helwi merupakan sebuah portfolio yang terdapat di dalam organisasi JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) manakala BISIS merupakan sebuah aktiviti berkala yang dianjurkan oleh HELWI. Di atas kesedaran dan kefahaman itulah, perkataan BISIS digunakan bagi menggambarkan perjumpaan tersebut.
Jika kita imbas kembali, satu persatu tajuk-tajuk yang telah dibawa dalam BISIS.
1) Pengenalan Organisasi HELWI 11/12
2) Pengurusan Kewangan : Antara Kehendak dan Keperluan Mana yang perlu Diutamakan
3) Cinta Allah vs cinta manusia
4) Hakikat Wanita ( Ust. Hannan)
5) Hak Wanita Semasa dan Selepas Perkahwinan dalam Perspektif Islam
6) Fiqh Wanita
7) Ceramah Kesihatan Wanita
Tanpa sokongan kalian, BISIS tidak akan dapat diteruskan hingga hari.. Terima kasih diucapkan.
BISIS untuk semua.. It’s true... BISIS untuk semua.. Bukan disasarkan kepada golongan tertentu sahaja.
Datanglah ke BISIS wahai sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak sekalian kerana BISIS itu dilaksanakan untuk kalian, untuk kita semua.. Bukan untuk mencari publisiti atau nak buat banding beza HELWI tahun mana yang paling mantap.
NO!!! Bukan itu matlamatnya.. Sedangkan kita perlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup, hati juga perlukan makanan rohani.. Manusia itu mudah lupa, dek kerana itulah manusia sentiasa perlukan nasihat, teguran, bimbingan dalam menjalani kehidupan ini.
BISIS untuk semua... Jangan ada rasa rendah diri, malas, mengantuk, x enjoy dan sebagainya.. Buang semua sifat tersebut.. Lawan sifat-sifat negatif tu.
Kalau boring, adukan pada kami dan cadangkan apa yang kalian inginkan... Selagi apa yang dicadangkan itu baik di sisi syarak dan sesuai dengan kemampuan AJK, apa salahnya kalau kita proceed cadangan tersebut... HARGAILAH SESUATU SEMENTARA IA MASIH ADA... YES!! BISIS 4 ALL.
Nukilan : hanann_nasl
-----------------------------------
Itu luahan hati orang kuat HELWI.. Apa kata kita pula?
Mimosapudica kata : "Jujur, ada masanya semua ini terasa sangat berat, bagaikan ada batu berat yang diletakkan di atas kepala. Tapi, kadang-kadang, rasa itu perlu dilawan, demi jiwa yang kosong ini. Nak pujuk hati bukannya mudah kan? Tapi, perlahan-lahan terbang, mesti sampai puncak juga nanti kan?"
Salam Sayang,
P.S. Selamat berpuasa! :)