Wednesday, May 6, 2009

sempurnakah kita menutup aurat [part 1]




Bila menyebut soal aurat, pasti ada yang mengeluh, terutama sekali bagi mereka yang belum tergerak hati untuk menutupnya. Bila ditanya mengapa tidak menutup aurat, jawapan yang sering menjadi pilihan ialah 'Belum tiba masanya' atau 'Belum sampai seru' atau mungkin ada jawapan yang lebih kreatif lagi daripada itu. Terpulanglah kepada mereka, jika mereka lebih suka untuk beralasan daripada melaksanakan, silakan... Namun, perlu diingat, hukum Allah tetap saja berjalan walau berjela-jela alasan dikemukakan.

Kalau kita amati senario menutup aurat mutakhir ini, pastinya kesedihan akan bertapak di hati. Mentaliti masyarakat mengenai kewajipan menutup aurat sangat jauh dari tuntutan syariat. Jadi di sini ana ingin mengongsikan maksud 'menutup aurat' yang ana fahami melalui bahan bacaan mahupun ceramah-ceramah yang pernah ana hadiri.

Maksud menutup aurat ialah anggota badan yang WAJIB ditutup sehingga tidak nampak BENTUKnya dan WARNAnya (betulkan kalau ada kesilapan) dari pandangan orang-orang yang diharamkan untuk melihatnya (bukan mahram).

Bagi kaum Adam, aurat yang wajib ditutup sama ada ketika berhadapan dengan mahram mahupun bukan mahram ialah di antara pusat hingga lutut. Maknanya kaum lelaki tidaklah memerlukan material yang banyak untuk menutup aurat mereka, mungkin 1 meter sahaja pun sudah mencukupi. Tapi apa yang menghairankan, aurat yang sekerat ini pun masih ramai yang tidak mempu menutupnya. Buktinya, tengok sahaja perlawanan bola sepak, badminton dan lain-lain. Tanggungjawab menutup aurat bagi lelaki adalah perkara yang sepatutnya mudah dilaksanakan. Jadi jika aurat sekerat ini pun gagal ditutup dengan sempurna, bagaimana mungkin mereka dapat memikul tanggungjawab yang lebih berat?

Bagi kaum Hawa pula, aurat yang wajib ditutup bergantung kepada beberapa situasi iaitu:

1. Di hadapan lelaki yang bukan mahram, anggota yang wajib ditutup ialah keseluruhannya kecuali kedua tapak tangan dan muka (menurut pandangan jumhur ulama). Jadi ini termasuklah bahagian leher, tapak kaki, telinga, tangan dan apa-apa sahaja anggota selain daripada tapak tangan dan muka. Sebenarnya, anggota inilah juga yang wajib kita tutup di dalam sembahyang. Jadi kita tidak perlu mneyusahkan diri untuk membezakan pakaian kita untuk solat dengan pakaian ketika keluar rumah atau berada di kalangan lelaki yang bukan mahram. Tapi, dengan syarat, ia sesuai dengan kehendak syarak.

2. Di hadapan lelaki yang mahram dan perempuan, seagama (islam), aurat yang wajib ditutup ialah di antara pusat dengan lutut. Jadi tudung tidaklah diwajibkan jika berhadapan dengan ibu bapa dan adik-beradik seibu atau sebapa, atau seibu sebapa atau sesusuan. Walaubagaimana pun, dari sudut adab seorang muslimah pula, memanglah tidak wajar kalau kita hanya menutup bahagian tersebut sahaja, jadi gunakanlah pakaian yang secukupnya.

3. Di hadapan perempuan yang bukan Islam, auratnya ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan (sama seperti #1). Ertinya, wajib bertudung ketika berhadapan dengan mereka sama ada di asrama mahupun di mana-mana sahaja.

Semua ini telah dinukilkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran al-kareem sebagai panduan kita bersama iaitu:

"...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka...." (24:31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (33:59)

Oleh itu, wahai saudara seagama ku, muslimin mahupun muslimat, sama-samalah kita menjaga aurat kita daripada pandangan mereka yang tidak layak melihatnya. Ana pernah terbaca di dalam satu artikel yang menyatakan "Barang siapa yang memberatkan soal-soal batasan auratnya, maka di akhirat nanti Allah akan memberikan penghormatan kepadanya dengan memperlihatkan wajah suciNya kepada hambanya itu. Manakala bagi yang tidak melaksanakan kewajipan menutup aurat pula, Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah s.w.t akan memberikan pakaian kehinaan kepadanya di akhirat nanti." (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Jadi antara PENGHORMATAN dan PENGHINAAN dari Allah, mana satukah pilihan kita? Tepuk dada tanya iman...

wallahua'lam...

-bersambung-

innama `amalu bi niat



عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .

[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah e bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

assalamualaikum..

kita sll je dgr orang cakap
"innama `amalu bi niat"[translate in bm]
-sume bnda perlulh(sebaik-baiknya) dimulakan dgn niat

di sini, HELWI nak kongsi sedikit coretan tntang niat
*sebagaimana yang diceritakan/disampaikan oleh
Ustaz Fauzi Abdul Aziz
tyme kuliah Maghrib smlam...

Nabi s.a.w bersabda:
“Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

analogi betapa pntingnya niat sblum memulakan sesuatu perkara cukup simple..
cbe kita sama2 fikir n renungkan..
amalan yang sama dihukum berbeza berdasarkan niat seseorang

Seseorang yang jatuh dari bangunan tinggi kerana tergelincir tidak sama kedudukannya di sisi Allah dengan seorang yang jatuh dari bangunan tinggi kerana ingin membunuh diri. Walaupun barangkali pada zahir mereka yang melihat mayat itu menyangka sama, tetapi di sisi Allah berbeza.

Adapun yang tergelincir dimaafkan Allah dan mungkin mendapat pahala jika dia berada di atas bangunan itu dengan tujuan yang baik, sementara yang membunuh diri telah melakukan dosa yang besar di sisi Allah. Namun niat yang jujur itu tidak berpada, jika cara yang dibuat itu tidak betul.

Jika si yang tergelincir tadi sengaja menempah cara yang membawa maut sedangkan ia boleh dielakkan, mati dia dianggap mencampakkan diri ke dalam kebinasaan yang diharamkan oleh Allah.

jadi..dapatlah kita fahami bhw sume perkara itu bergantung pada niat.
jika baik niat kita
maka baiklah hasilnya[vs]

malah ustaz pn ada bgtaw..
niat dan perbuatan adalah 2 perkara yg berbeza

jika kita berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan
dan kita laksanakannya
insyaAllah kita akan dpt 2 gnjaran yang berbeza
satu gnjaran untuk niat..satu untuk perbuatan
contoh: berniat nak pergi solat jemaah kat surau, dan kita pergi...

ke dua
niat dah baik..tapi x laksana
mungkin disebabkan hal2 tertentu..kita xdpat lakukannya
kita ttp akan dpt ganjaran walau x laksanakannya
satu ganjaran..iaitu niat yang baik..

sesungguhnya
Allah itu Maha Pemurah..
Dia ttp nak bagi ganjaran pada kita
tanda Dia sayang akan kita
so, sme2lah kite rebut peluang
perbetulkan niat
sebelum melakukan sesuatu perkara
moga Allah melimpahkan rahmat dan ganjaran yang banyak kpd kita..
insyaAllah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails