Monday, June 22, 2009

ahlan wasahlan



ahlan wasahlan kepada warga baru
IPGM Kampus Pendidikan Islam

kakak-kakak dan abang-abang KPLI serta KPLI-JQAF..

selamat menjalani minggu MPPB
semoga kalian dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan baik di kampus ini
dan selamat menjadi warga kampus!

Sunday, June 21, 2009

selamat segalanya..



bismillahirahmanirrahim...

pertama sekali,selamat kembali ke IPGM KPI yang tersayang selepas bercuti hampir 3 minggu.semoga dengan kedatangan dan semester baru ini, mampu mengubah diri supaya menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya.x salah berubah kan?

firman Allah dalam surah ar-ra'd:11
"...sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.."

namun,post kali ni lebih berkisar kepada hari bapa yang jatuh pada hari ini. sekadar lebih untuk mengingati penat-lelah dan pengorbanan seorang lelaki bergelar bapa, apa salahnya kita mengucapkan selamat untuk beliau.
pengorbanan bapa begitu tinggi nilainya. walaupun darjatnya tidak setinggi darjat seorang ibu, namun sebagai seorang anak, wajib ke atas kita untuk mentaatinya selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

firman Allah dalam surah al-Isra':23
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapak.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya samapai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."

doakanlah ke dua ibu bapa kita dengan doa yang baik(al-Isra':24)
Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya, dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,'Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil"

bagi sahabat-sahabat yang telah kehilangan ibu/bapa atau kedua-duanya
doakanlah kesejahteraan merka di sana

sabda Nabi:"Apabila mati anak Adam,maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara:Sedekah jariah(sedekah berkekalan),ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan"

akhir,selamat hari bapa.selamat meneruskan semester baru.dan yang penting, jangan lupa perbaiki niat belajar.

Friday, June 12, 2009

2 minggu



salam

hari ni..genap 2 minggu kita bercuti..
huuu...
dan masih tinggal seminggu cuti berbaki

bila pikir2 balik
apa yg da kita lakukan dalam tempoh 2 minggu itu??
sejauh mana pengisin yg telah kita lakukan..
bermanfaatkah?
atau hanya sekadar cuti semata...

sesetgh org ada mengatakan
cuti untuk cuti
berehat dari tekanan di maktab..
assisgnment..etc

and some may say
cuti adalah masa nak "cover" dan "topup"
amalan..
pembacaan..
ye la kan..duk mktb, x smpat ngat nak baca
buku2 ilmiah lain...
sblum ni..fokus pada buku yg ada kaitan ngan subjek jek..
huuuu~

papepn...
dalam keseronokan kita bercuti
amalan jangan la cuti sama
sptutnya
makin diganda
malah berganda-ganda
[ingatan pada diri gak!]

gunakan masa yg ada
selagi kesempatan yg diberi oleh NYA
untuk dekatkan diri pada Sang Pencipta
muhasabah...
n masa ni la gak
nak berkunjung ke rumah saudara mara
bukan masa raya je...
hehehee

last,
jaga diri...

wsalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails