Sunday, June 21, 2009

selamat segalanya..



bismillahirahmanirrahim...

pertama sekali,selamat kembali ke IPGM KPI yang tersayang selepas bercuti hampir 3 minggu.semoga dengan kedatangan dan semester baru ini, mampu mengubah diri supaya menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya.x salah berubah kan?

firman Allah dalam surah ar-ra'd:11
"...sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.."

namun,post kali ni lebih berkisar kepada hari bapa yang jatuh pada hari ini. sekadar lebih untuk mengingati penat-lelah dan pengorbanan seorang lelaki bergelar bapa, apa salahnya kita mengucapkan selamat untuk beliau.
pengorbanan bapa begitu tinggi nilainya. walaupun darjatnya tidak setinggi darjat seorang ibu, namun sebagai seorang anak, wajib ke atas kita untuk mentaatinya selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

firman Allah dalam surah al-Isra':23
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapak.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya samapai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."

doakanlah ke dua ibu bapa kita dengan doa yang baik(al-Isra':24)
Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya, dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,'Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil"

bagi sahabat-sahabat yang telah kehilangan ibu/bapa atau kedua-duanya
doakanlah kesejahteraan merka di sana

sabda Nabi:"Apabila mati anak Adam,maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara:Sedekah jariah(sedekah berkekalan),ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan"

akhir,selamat hari bapa.selamat meneruskan semester baru.dan yang penting, jangan lupa perbaiki niat belajar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails