Benarlah kata orang, cinta itu memang buta.

Bila dah jatuh cinta, apa saja akan dilakukan untuk mendapatkan apa yang dicintai.
Macam lagu Luahan Hati,
"Akan kurenang lautan yang berapi, membuktikan kehebatannya cinta ini"
Ya, semuanya kerana cinta.
Tapi, tau tak yang cinta tak boleh dipaksa?!
Tau tak soal hati selalu tak punya jawapan?!
Berapa kali harus aku katakan, yang aku tak cinta padamu?
"Bukan aku tak sudi kasih", macam kata Iklim.
Tapi, aku memang tak dibius cinta!
Kenapa kau masih berdegil? Kenapa kau masih tak mengerti? Kenapa?!
Pergilah kau, pergi. Usah menghantui aku lagi!
Apa, kau kata aku halau kau?! Ya, aku memang halau kau ni!

Ketahuilah bahawa, AKU TAK NAK KAU LA ASSIGMENTS!
--------------------------
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
--------------------------
Senyumlah awak! Senyumlah. Senyumlah kat Assignments! Terima cinta dia dan hargailah detik-detik awak bersama dengan dia. Selamat bersama-sama dia! :)
Nah, lolipop untuk awak yang tengah buat assigments tu! Tapi, sorry, saya dah gigit sikit.