Friday, April 8, 2011

Lu apa tau?!



Bila bicara soal wanita, pasti isu masakan akan disentuh.

"Awak, pandai masak? Kalau tak pandai masak, maaflah,
REJECT!"

Sedap je kan orang lain bercakap.

Tapi, itu
reality. Majoriti mak-mak mentua di luar sana berharap yang anak-anak mereka akan dapat ISTERI-ISTERI, opps, ISTERI yang pandai masak supaya anak-anak lelaki mereka akan sihat dan bertambah sihat.

Err, mungkin sihat macam kucing ni?

-------------------------

Bila bicara soal wanita, pasti isu nafsu akan disentuh.

"Ni semua salah perempuanlah nafsu gua naik."

Oh, sedapnya mengata perempuan.

Tapi, itu reality.

Kita, wanita (Oh, rasa macam dah dewasa + dah boleh kahwin pulak) memang sentiasa cantik, menarik, tertarik dan 'Da Bomb' pada mata lelaki-lelaki.

Yalah, mereka tak punya apa yang kita punya kan? (Kenyit-kenyit mata)

Er. -__-'

-------------------------

Bila bicara soal wanita, pasti isu anak akan disentuh.

"Ini semua salah ibu, pandai mengandung, tapi tak pandai jaga anak!"

Amboi! Salah ke ibu pandai mengandung, bapa tak pandai mengandung? -___-'

Tapi, itu reality.

Ibu yang mengandung, mesti pandai jaga anak. Kalau tak pandai pun, mesti pandai-pandaikan juga.

Alolololo.. Bila besar, cute lagi macam ni tak? Lupa mak tak?

-------------------------

Well, siapa kata jadi wanita itu senang?!

Memang kami dapat CUTI bro!

Tapi, CUTI bukan sebarang CUTI bro.

Ada masanya, CUTI tu SAKIT.

Kadang2 sampai rasa nak nangis macam ni tau! ;(

Lagipun bro, orang kata, ramai wanita dalam neraka bro!

Lu fikir jadi wanita senang, sampai lu pun nak jadi wanita kan bro!

Tapi kami yang benar-benar wanita ni risau.

Risau, kerana kami, orang lain boleh masuk neraka.

Risau sebab, kami dikatakan sebagai golongan yang paling ramai menghuni neraka.

Lu apa tau?

Salam sayang,


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails