Friday, April 3, 2009

MINGGU KASIH-SAYANG DAN UKHWAH




Hakikat Ukhwah Islamiah

Dr Abdullah Naasih ‘Ulwan dalam bukuya “al-Uhkwah al-Islamiyyah” ada menyebut:


Hakikat Ukhwah Islamiyyah pada kaca mata Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Hakikat yang Umum (13 perkara):


I. Memberi Salam

II. Menjawab salam.

III. Menziarahi saudara yang sakit

IV. Menghantar jenazah ke kubur.

V. Menerima jemputan atau ajakan yang munasabah seperti walimatul ‘urus.

VI. Menolong orang yang dizalimi.

VII. Mengambil perhatian terhadap nasihat seseorang kepadanya.

VIII. Sentiasa memudahkan orang lain.

IX. Menjaga aib saudara.

X. Menjauhi daripada sifat yang buruk seperti hasad, zalim, pergaduhan, menghina dan sebagainya.

XI. Berkata “yarhamukallahu” kepada orang yang bersin.

XII. Ikhlas dalam membenarkan sumpah ( iaitu bersumpah dengan nama Allah pada perbuatannya)

XIII. Menghiburkan hati saudara yang ditimpa kesusahan.

Maka yang selain daripada itu adalah termasuk apa yang disebut sebagai al-ukhwah al-laazimah, dan sumber atau prinsip kemasyarakatan yang wajib sifatnya.

Dalam hadith Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada 6 perkara: Apabila kamu berjumpanya hendaklah memberi salam ke atasnya, apabila dia memerlukanmu, maka hendaklah kamu hulurkan bantuan, apabila dia meminta nasihatmu maka hendaklah kamu menasihatinya, apabila dia bersin maka hendaklah kamu memuji Allah dan mendoakannya, apabila dia sakit, hendaklah kamu menziarahinya dan apabila dia meninggal maka turutlah menghantar jenazahnya.”

Dan diriwayatkan oleh (Syaikhan) sesungguhnya Barra’ bin ‘Azib R.A telah berkata: “Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan menegah kami daripada tujuh perkara: Memerintahkan kami dengan menziarahi orang yang sakit, menghantar jenazah ke kubur, mendoakan orang yang bersin, ikhlas dalam bersumpah, menolong orang yang dizalimi, memberi salam…

2. Adapun hakikat yang khusus:

Maka sesungguhnya ia secara pasti adalah perkara yang sangat besar, sangat mulia dan sangat penting, kerana ia berdiri di atas sifat keikhlasan yang terpilih daripada
ukhwah yang asasnya adalah keimanan, kerana pilihan ini dipilih manusia untuk dirinya dan keiklasan itu adalah lambang peribadi dan akhlaknya.

Kenapa perlunya manusia mengetahui kepentingannya, hubungannya secara jelas hingga sempurna pemahamannya berkaitan hakikat ukhwah secara khusus ini.?

1. Apa yang telah kita sebutkan daripada hakikat yang umum, maka sesungguhnya hakikat yang umum ini adalah termasuk juga dengan keutamaan dalam hakikat ukhwah yang khusus.

Maka wajiblah ke atas seseorang saudara mendampingi kawan-kawannya yang benar dan memilih daripada saudaranya….iaitulah menjawab salam mereka jika mereka memberi salam kepadamu, menziarahi mereka jika mereka sakit, mengiringi mereka jika mereka meninggal dunia, wajib menerima pelawaan jika mereka mempelawa, mendoakan jika mereka bersin, membenarkan sumpah jika mereka bersumpah yang benar, menolong jika mereka dalam kesusahan, menasihati mereka jika mereka memerlukan nasihat, menghiburkan dan menenangkan hati mereka jika mereka ditimpa musibah, mengutamakan perolongan kepada mereka jika mereka memerluka pertolongan, menjaga keaiban mereka jika mereka melakukan kesalahan, menjauhi daripada segala perkara yang memudaratkan mereka baik daripada segi harta, jiwa, maruah diri dan kemuliaan di mana sahaja kamu menjumpai mereka.

2. Harus makan di rumah sahabat tanpa izin mereka.

Allah S.W.T telah berfirman dalam surah al-Nur ayat ke-61 yang bemaksud: “Tidak ada halangan bagi orang buta, tidak pula bagi orang pincang, tidak pula bagi orang sakit, tidak pula bagi dirimu, makan bersama kamu atau di rumah bapakmu, rumah ibu-ibumu, rumah saudaramu yang lelaki, rumah saudara-saudaramu yang perempuan, rumah saudara bapakmu yang lelaki, rumah saudara bapakmu yang perempuan, rumah saudara ibumu yang lelaki, rumah saudara ibumu yang perempuan, di rumah yang kamu miliki kuncinya ( yang kamu uruskan), atau di rumah kawan-kawan kamu. Tidak ada halangan makan bersama-sama mereka atau sendiri-sendiri…

Sesungguhnya ‘Ulama’ telah meletakkan satu garis paduan melalui ayat Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan tidaklah ada halangan bagi diri kamu untuk makan bersama-sama mereka di rumah-rumah kamu.”

( Maka tidaklah perintah ini untuk manusia makan di rumah mereka, tetapi sesungguhnya yang pastinya mereka tidak makan di rumah saudara-saudara mereka, atau sahabat-sahabat mereka kecuali sebagaimana mereka makan di rumah mereka sendiri. Adapun pada asalnya, orang akan melihat secara luaran bahawa tiada keizinan untuk makan di rumah-rumah mereka) -boleh merujuk kepada tafsir surah dan ayat di atas melalui kitab tafsir Al-allamah al-Marhum Abul a’la al-Maududi.

Secara pasti melalui pemahaman ayat ini, maka harus bagi seseorang sahabat untuk makan di rumah sahabatnya, atau saudaranya, sebagaimana harus untuk makan apa sahaja di rumahnya.

Daripada apa yang dikuatkan ke atas dalil ini, al-Imam al-Qurtubi Rahimahullahutaa’la telah menyebutkan pada suasana atau contoh-contoh yang disokong pada pameran tafsir ayat ini : “Atau kawan-kawan kamu”

Telah disebutkan oleh Muhammad bin Tsauri, daripada Mua’mmar, dia telah berkata: “Aku telah masuk ke dalam rumah Qatadah maka aku melihat kurma Ruttab lalu aku memakannya”..Maka setelah itu dia berkata, apa yang kamu lakukan ini? Maka aku berkata: “Aku melihat kurma di rumah kamu, maka aku memakannya.” Maka berkata Qatadah: “Bagus kamu”, Allah S.W.T telah berfirman: “ Atau kawan-kawan kamu”
Maka berkata Mu’ammar: Aku telah berkata kepada Qatadah: “Bolehkah aku minum daripada tong ini”? Maka dia berkata: “Kamu kawanku…kenapa perlu meminta izin!”

Adalah Rasulullah S.A.W masuk ke kebun Abi Tolhah yang dinamakan (Baihara’) dan baginda minum daripada air yang baik padanya tanpa pengetahuan Abi Tolhah.

3. Haram bermusafir lebih daripada 3 hari jika musafir tersebut adalah kerana sebab individu.

Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh ( Syaikhan), Daripada Abi Ayyub R.A sesungguhnya rasulullah S.A.W telah bersabda: “Tidak dihalalkan bagi seseorang Muslim untuk meninggalkan saudaranya melebihi tiga malam baru bertemu, maka dihalangi ini dan dihalangi ini, dan sebaik-baik bagi keduanya adalah yang memulakan salam”.

Adapun jika musafir dan hijrah tersebut adalah kerana agamanya, maka harus bermusafir lebih daripada tiga malam sebagaimana yang telah disebutkan di atas.

4. Bertolong-tolongan dengan saudara pada setiap perkara dan keadaan.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: “Perumpamaan orang Muslim pada kasih-sayang, belas-kasihan, dan persaudaraan adalah sebagaimana jasad yang satu, jika sakit satu anggota, maka seluruh jasad akan tidak dapat tidur malam dan demam.”

Sabda baginda lagi: “Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya “(riwayat Syaikhan). Pertolongan ini wajib untuk disampaikan secara berterusan daripada sudut pengorbanan harta, melepaskan daripada kemiskinan, dan bersama-sama dalam kesusahan.

Adapun pengorbanan harta adalah sebagaimana firman Allah S.W.T: “Dan mereka berkorban walaupun diri mereka berada dalam kemiskinan.”

Dan melepaskan daripada kemisikinan adalah sebagaimana sabda nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Dan Allah S.W.T sentiasa menolong hamba-Nya selagi mana hamba-Nya menolong saudaranya.

Adapun bersama dalam kesusahan, maka rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghiburkan seorang mu’kmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di dunia, maka Allah akan menghiburkan dirinya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di hari kiamat…”


p/s ukhwah fillah...insyaAllah daiman abadan abada

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails