Monday, April 27, 2009

w.O.m.a.n



Woman was created from the rib of man

not from his head to be above him

not from his feet to be walked upon

But from his side to be equal

near his arm to be protected

and close to his heart to be loved


mungkin kita pernah baca..



www.iluvislam.com

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak ‘join’, kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat capub’(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..


Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
“Adakah aku perlu BERCINTA?”
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber’couple’..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
‘gayut’ malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber’couple’ tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginkan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara’..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A’raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: “
Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?” Mereka
menjawab: “Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa”.

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

“COUPLE HARAM”

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu…

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan,
sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

“Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?”

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

“Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon..”

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber’couple’ ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
“Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati..”

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
“Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?”

Lalu saya menghampiri ‘Brother’ fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

“Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?”

“Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?”

“Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..”

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

“Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?”

“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

“Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia.”

Saya tak mahu mengalah.

“Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.”
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

“Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?”

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, “Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?”

“Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..”

Zina hati?” Saya menduga.

“Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh ‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati.”

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

“Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta.”

“Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt.”

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”

Saya trdiam lagi.

“Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri.”

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

“Jadi apa saya nak buat bang?”

“Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.”

“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?”

“Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada ’sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner.”

Tiba-tiba saya terfikir..

“Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?”

Saya cakap..

“Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?”

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

“Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.”

Alamak…tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

“Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.”

“Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.”

“Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri.”

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

“Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya..”

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

“Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..”

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

“Terima kasih bang..”

“Takpe, dah tanggungjawab..”

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta’lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

“Seindah gubahan pertama..”

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir..”Kena tegaskan rasanya”. Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

“Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- ”

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya..

-wallahu a'lam-

Sunday, April 26, 2009

..:: ya ALLAH..ya RABB ::..




in the darkness of the night

close to the dawning light

I wake up and pray

for another better day

lead me to jannah

save me from al-haawiyah

Ya ALLAH we adore you

Ya ALLAH we implore you


++malu...





wanita..
hiasan dunia

seindah hiasan adalah wanita solehah


SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya”
(Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.

p/s jaga diri..hiasi peribadi^^

Friday, April 17, 2009

kesihatan menurut Al-Quran



1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

++ mndi pagi??huuu...sejuuukkkk!!!

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

++klu minum susu lum tdo???....

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

++sujud...mawi feat kru...^^

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

++positive negatif..cam mgnet lak..

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

++klu xclap..kanan 18 enzim penawar,kiri 81 enzim penyakit..balance la tuhhh..


p/s sesungguhnya dalam setiap kejadian itu, pasti ada hikmah yg tersurat dan tersirat...

kembalilah kpd pemakanan berfitrah




Gaya hidup yang lebih kepada pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan (seks rambang) telah melahirkan penyakit Aids yang sehingga kini belum ditemui penyembuh muktamad. Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan.
Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan. Apakah "SARS" juga turun sebagai "bala" yang disebabkan amalan pemakanan yang zalim ?

Justeru.....kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah GAYA PEMAKANAN SIHAT..


TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

    Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.


  • GAYA PEMAKANAN SIHAT

    "Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".

    BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan

  • MENGAPA?
    Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi.

    Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut.

    Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi.

    Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya. Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah berbagai perubahan, melibatkan peningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan.

  • BAGAIMANA ?
    Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.


  • Khasiat Madu Lebah Asli
  • Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
  • Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
  • Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
  • Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .
  • Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.


    Khasiat Buah Kurma Segar

  • Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.
  • Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.
  • Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.
  • Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.
  • Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.
  • Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.
  • Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.

  • p/s makan tyme lapar,brenti lum kenyang..^^

    ^^cantik dan sihat



    kita sllu je dgr words ni..

    "ehh..cantiknya dia!"

    atau...

    "even muka dia xlawa..tp ak tahu yg dia punya akhlak yg cantik kt dalam...."

    huhuu..
    taw pape je yg sma waktu dgnnya..

    so,xhairan la..
    beauty lies in the eyes of beholder
    malah..dlm lagu pn masih ada golongan yang nak naikkan martabat seorang wanita


    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    wanita hiasan dunia
    seindah hiasan adalah wanita solehah
    yang akan membahagiakan
    syurga dalam rumahtangga

    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    Aku wanita punya hati nurani
    Yang tak dapat dibohongi
    Pabila cinta telah membutakan mata
    Dan membuat tuli telinga

    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    ....ect....

    jika cantik itu satu bnda yg subjektif
    sihat??

    sihat tubuh badan...
    akal..
    n so on...

    tapi
    pernahkh kita menghargai nilai cantik dan sihat
    yang ada pada kita??
    pernahkh kita bersyukur dengan kecantikan dan kesihatan
    yang kita ada??

    apa tanda??
    jangan terlalu mengukur tahap kecantikan seseorg melalui luaran
    tapi
    selidikilah dari dalaman

    ssungguhnya
    kecantikan wanita boleh menutup mata lelaki
    mengundang fitnah
    dan akhirnya..bala yang menanti..

    sebaliknya
    jagalah diri
    hiasi peribadi
    perbaikilah diri
    insyaAllah jiwa akan tenang di jalan hakiki

    wallahu a'lam...

    p/s Dan katakanlah kpd para perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yg(biasa) terlihat..an nur:31

    Perjumpaan HELWI kali ke dua



    assalamualaikum...

    untuk perhatian:
    muslimat IPGM KPI

    satu perjumpaan HELWI akan diadakan pada hari ini.

    tarikh: 17 APRIL 2009(21 rabiul akhir 1430h)
    masa: 12.30 tengah hari
    tempat: dewan idris al-marbawi

    untuk pengetahuan semua, tema HELWI untuk minggu ini ialah
    "kecantikan dan kesihatan wanita"

    jgn lupa datang ya!
    sama-sama kongsi maklumat dan manfaat

    jazakallah~

    Thursday, April 16, 2009

    ..::..10syen nyerrrrr.....!!!!!..::..



    argggggghhhhhhh.....!!!
    tensyen nyerrr

    assgnmt xciap
    keje mnggunung
    air xde lak tu...
    huuuu

    nape ea??pmpuan..klu dy tensyen
    msti mkn..
    mcm2 versi petua org bg klu nk ilangkn tensyen..
    mkn coklat laa...
    klua jln2 kt warta la..
    dgr lagu..
    tp
    tul ke sume tuh??
    kut2..mkin parah agknye...
    wiwiwiwi~

    kn ag bek klu ikut cara Islam
    ++solat(dktkan dri dgn Allah)
    esp bgn solat tgh2 mlm
    tyme rumate kte sdg enak diulit mmpi
    tem tu la gak dy nk ngingau..
    seraaammm..
    ttbe leh xjadik nk Qiam
    heheheh...

    ++amek wudhuk'
    ngan wuduk
    hati akan tng
    evn klu kte mrh2 pn..
    kte dgalakkn amek wudhuk...

    ++mngaji Al-Quran..
    kan??

    byk ag...

    here's sum tips on how to manage/cntr0l ur stress...

    1. Cari sedikit privacy moment in every your single day! Sebab kamu berhak untuk mendapatkannya….Kalau rasa terbeban dengan mana-mana keje/nsan..juz leave them for a while..

    2. Ceriakan hari kamu ! Kamu kena tahu how to take your self lightly and your work seriously k.. ummm...npe perlu bebankan fikiran dengan SEMUA PERKARA yang jadi di sekeliling kamu…? ag pn matahari tetap akan bersinar hari esok walaupun kamu sudah tiada kan… :) ..so, nikmatilah hari ini seadanya..

    3. Berhenti….Fikir…Kira 1 sampai 10 bila da rse cm nak ‘meletoppp’…Kira perlahan-lahan tau… ;)

    4. Bertenang.. Jangan rushing…!!glbah xtntu psal...Elakkan buat apa-apa keputusan ketika kamu stress… Sbb keputusan tu mungkin hanya berlandaskan emosi kamu semata-mata ..bukan akal… Hmm, takut plak nanti kalau2 decision tu akan memudaratkan kamu plak..huhu.pk tul2 k..xpn,mtak pndgan kwn2 ke...wt istikarah...^^

    smile030

    5. Senyum sokmo.. Ble kita senyum, susah nak rasa stress kan??..percaya..? Cuba lah…

    6. Berbuat baiklah pada insan lain… Kurangkan perbuatan menyakitkan hati orang lain k.. klu tgk seseorang buat kamu stress, jgn tgk dia… Klu dengar kata-katanya buat kamu stress, pekakkan telinga.. Kalau membaca tulisan dia buat kamu stress, tak perlu la baca..huhu

    7. Maafkan lah dia… Kadang-kadang orang tu tak sedar sikap dia menyebabkan kamu stress… Even, kalau still tak puas hati pun, tunggu masa yang sesuai untuk tegur dia k… Lapangkan dada untuk memafkan dia..Pasti stress kamu akan berkurang..

    8. Hug more… Kamu pasti akan rasa lebih tenang dan damai di hati kalau dapat peluk nde len i.e your pet like teddy bear OR seseorang i.e teman baik .. In fact, we all need hug..nk peluk mak,jauuuhhhh...so pluk je pe yg ader kt dpn mte...jgn pluk yg bkn muhrim lak ea???HARAAAAMMMM.....

    9. Take a chance of love… Terapi yang selalu dekat dengan kte tapi kita slalu tlupae. Erkkk, janganlah kecilkan scope kasih sayang ni ea… Definisi sayang itu luas .. Parent, kawan-kawan, anak-anak @ pasangan kamu (kepada yang dah kahwin).. Their caring and our commitment to them adalah sumber kekuatan yang paling utama dalam hidup kita.. Haihhh, kamu tidak keseorangan lah di dunia ini.. Share your problems with them .. Kalau perlu, menangis je la..huhu..sob34...++

    10. Baca dan hayatilah ayat-ayatNYA… Pasti kamu akan rasa tenang… Sangat tenang.. DIA sentiasa ada…Kita yang selalu lupakan DIA.. Yakinlah dengan janjiNYA … DIA takkan pernah uji hambaNYA dengan segala sesuatu yang berada di luar kemampuan hambaNYA … La Tahzan.. Ujian setiap orang berbeza kan.. Appreciate your self and every single challenges in your life..! Kamu insan terpilih untuk dugaan itu :)

    p/s nk tdo pn leh gak..tp ngan over ea??!esp pas asr..bengap otak n mwrisi GILA klu 40 ari bturut2...klu xcye,lh cbe..try tis at ur rume ke...wiwiwiwiwiwi~

    Wednesday, April 15, 2009

    petua kesihatan...



    1 . SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA

    · Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau · Makanlah bawang besar berserta yogurt putih, ianya mempercepatkan lena.

    2 . MENURUNKAN DARAH TINGGI

    · Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau · Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau · Makanlah biji buah Peria atau · Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau · Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau · Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau · Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau · Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau · Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

    3 . DEMAM BIASA

    · Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau · Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau · Minumlah air rebusan bunga melor.

    4 . SAKIT KEPALA

    · Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau · Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau · Rebus daun Kangkung sampai mendidih, kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau · Makanlah daun pokok Peria atau · Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.

    5 . SENGAL SENDI

    · Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja, sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau · Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau · Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau · Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau · Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.

    6 . SELSEMA

    · Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau · Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayi · Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis, dibelah, diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.

    7 . SUARA SERAK

    · Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau · Ambil bawang besar 2 biji, buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau · Ambil sebuku asam jawa, rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.

    8 . BATUK/LELAH/SEMPUT

    · Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau · Ambil daun Kecubung, hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau · minumlah rebusan akar pokok melor atau · Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir · Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak · Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.

    9 . SAKIT GIGI

    ·Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau · Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau · Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau · Ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.

    10 . BENGKAK GUSI

    · Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau · Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

    11 . GUSI BERDARAH

    1. Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau
    2. Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam atau
    3. Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya, ambil 15 helai daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu.

    12 . DEMAM CAMPAK

    · Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya akan keluar atau · Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak. Kemudian lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu, minum air kelapa gading setiap hari.

    13 . BATUK BERLARUTAN

    Ambil sedikit asam jawa dan garam dicampurkan dengan air suam . -apabila semua dah sebati dengan air suam tadi ,bolehlah diminum. -hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. insyaallah batuk itu akan hilang dan kahak yang pekat itu akan keluar dengan mudah

    14 . SAKIT MATA

    Merawat sakit mata disamping ia juga dapat mencantikkan mata... mata akan kelihatan jernih..... sediakan madu.... ambil madu tersebut dan tuangkan sedikit di sudu.... jangan terlalu banyak... cuma setitik madu sahaja... titik kan madu tersebut di mata yang sakit... anda akan merasa pedih sedikit dan dalam beberapa minit mata anda akan sembuh.... *insyaallah....

    15 . MATA BERSELAPUT

    Masaalah berselaput dalam mata. Bahannya : - Madu lebah asli. - pucuk sirih. Caranya: -Masukan setitik atau dua titik madu lebah kedalam daun sirih (pucuk sirih),
    -kemudian gentel campuran daun sirih dan madu lebah hingga sebati. -Lepas tu... titiskan kedalam mata yang menghadapi masaalah berselaput. -Amalkan dua atau tiga kali . Insyaallah , selaput akan hilang dan tak berselaput lagi.

    16 . GELUNG HITAM PADA KELOPAK MATA

    Bila anda tidak cukup tidur , pada mata anda pasti ada gelung hitam. Untuk menghilangkannya mudah saja. Setiap kali bangun tidur , sediakan semangkuk air dari peti sejuk , cuci di bahagian mata dulu dengan menggunakan hujung jari dari pangkal hingga hujung mata sambul membaca selawat 3 kali . Lakukan setiap pagi insyaallah

    17 . BIBIR PECAH

    Ubati bibir yang pecah Bagi mengatasinya, minum air suam yang dicampur dengan gula merah atau gula melaka serta sedikit air perahan asam jawa. -Minum ramuan ini beberapa kali dlm sehari. -Dengan izin ALLAH, bibir yang pecah akan segera sembuh.

    18 . MEMUTIH GIGI

    Ambil sedikit arang dari kayu yang dibakar - jumlahnya ialah ikut keperluan..... kalau nak guna lama so taruk la byk sikit arang tu..... -kemudian tumbuk arang tersebut dgn sedikit garam.... garam tu lebih kurang 1 sudu teh ker... tumbuk hingga betul-betul hancur then -buat cuci gigi.... gosok ngan jari pun boleh.... Insyaallah gigi anda akan menjadi putih berseri.....

    19 . KUKU BERSERI

    Dapatkan kuku yang sentiasa berkilat... ambil sedikit ubat gigi (sebaiknya colgate merah) dan gosokkan dengan jari beberapa minit. Buatlah pada semua kuku, insyaAllah ia akan berkilat dan tahan lama...

    20 . RAMBUT GUGUR

    Rambut gugur ambil putih telur dan campurkan dengan limau nipis -kemudian sapukan ke rambut sehingga keseluruhnya -setelah selesai menyapu ke rambut balutkan rambut dengan kain tuala dan biarkan ia semalaman -basuh pada keesokan harinya -amalkan seminggu dua kali Insyallah -akar rambut akan menjadi kuat dan rambut akan lebih kelihatan sihat -campuran berlebihan jangan dibuang.. simpan didalam peti sejuk.. kerana campuran tadi akan lebih sebati jika disimpan...

    21 . PENYAKIT KAYAP

    Menghilangkan Penyakit kayap ambil sebiji cempedak muda(putik buah cempedak) dan asah bersama sedikit air pada belakang lesung batu. -Kemudian ambil airnya, campurkan dengan bdak sejuk dan sapu sekitar kayap itu seberapa kerap yang anda mahu.
    -Insya-Allah kayap akan hilang dalam masa dua tiga hari. -insyaalah ia mujarab.

    22 . MERAWAT BIBIR

    Mencantik serta merawat bibir ambil mentega dan disapukan pada bibir... biarkan selama 10 min.. inyallah... -3 kali seminggu.. mesti bibir elok...

    23 . KAKI MELECET

    Petua untuk kaki melecet sapukan sedikit minyak masak pada kaki yang melecet sebelum memakai kasut.... Insyaallah kaki tidak akan melecet lagi dan kita akan merasa selesa memakai kasut yang baru tu... Saya sudah amalkan dan memang berkesan...

    24 . PARUT HITAM

    Menghilangkan Parut Hitam ambil beberapa biji kentang kemudian tumbuk hingga lumat -tempekkan pada parut tersebut. Lakukan setiap hari dan mudah-mudahan usaha anda akan berhasil dengan Insya - Allah.

    25 . MERAWAT TUMIT PECAH

    Ambil lemak ayam dan panaskan lemak ayam hingga cair dan sapukan pada tumit kaki yg pecah -jika anda rajin amalkan... anda akan mendapat kesannya yg baik.

    26 . HILANGKAN KUTU DI KEPALA

    . Ambil beberapa ketul ubat gegat dan tumbuk hingga halus/lumat -campurkan ubat gegat itu dgn setengah cawan minyak kelapa. sapu di seluruh kepala dan bungkus dgn kain. -selepas 15 minit, cuci rambut dgn air bersih Insya-Allah, kutu akan hilang.. selamat mencuba....

    27 . LEGAKAN BATUK

    Petua Ibu Kunyit Legakan Batuk ambil ibu kunyit sebesar ibu jari. - parut dan ambil airnya. - campurkan air ibu kunyit tadi dengan dua cawan air tebu tulen. - Tapis dan didihkan sebentar. - biarkan ia agak suam-suam sikit, dan minumlah 3x sehari Amalkan setiap hari... Insyaallah.. batuk anda akan hilang!!!

    28 . MEMUTIHKAN SIKU

    Mungkin ada diantara anda yang mempunyai kesan-kesan hitam di bahagian siku. Bagi anda yang ingin mengatasinya -cubalah campurkan setitik air limau nipis ke dalam satu sudu besar tepung gandum. -sapukan campuran itu pada bahagian siku anda dan biarkan kering. -Kemudian cucilah dengan air suam. Bilas dan lapkan sehingga kering. -Amalkan beberapa kali dalam sebulan. Insyallah akan membuahkan hasil.

    29 . MEMERAHKAN KULIT MUKA

    Sekiranya anda ingin kelihatan sentiasa berseri-seri dan kemerah-merahan di seluruh muka anda,
    -setiap pagi mencuci muka dengan daun teh yang telah di rendam.
    -Sapukan daun teh perlahan-lahan ke muka dan biarkan seketika. -Kemudian basuh dengan air bersih tanpa menggunakan sabun. Insyallah muka anda akan kelihatan berseri-seri.

    30 . MATA BERSINAR

    Sekiranya mata anda tidak bersinar seperti orang mengantuk, cubalah petua ini. -Basahkan kapas ke dalam air teh pekat sejuk, -kemudian pejamkan mata anda dan letakkan kapas tersebut di mata beberapa ketika. -Amalkan beberapa kali dalam seminggu nescaya mata anda akan sentiasa segar dan bersinar.

    31 . CAGU (MAKAN CEKAM)

    Makan cekam atau cagu yg selalunya terjadi kat kuku kaki atau tangan -ambil inai dan tumbuk bersama air (seeloknya inai mekah) -inai tersebut letakkan di kuku yg makan cekam @ cagu tersebut -insyaallah.... jika selalu diamalkan makan cekam @ cagu tersebut akan kering dan beransur hilang dan tidak akan berasa sakit lagi

    32 . MASALAH BAU BADAN

    1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.

    2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.

    3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.

    4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.

    33 . MASALAH SAKIT KEPALA

    1. Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari.

    2. Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni ( batang yang lembut sahaja ) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala.

    34 . HIDUNG BERDARAH

    Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.

    35 . PENING

    Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji bawang merah yang besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga lumat dan campurkan secamca besar madu. Kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan semalaman dan pening akan hilang.

    36 . KESIHATAN RAMBUT

    1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang- kurangnya seminggu.

    2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

    3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

    4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang)

    37 . MERAWAT PENYAKIT BUASIR

    Ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning. Bakar atau panaskan hujungnya, kemudian letakkan kepada bahagian yang sakit. Lakukan berulangkali sehingga sembuh. Insyallah baik. Tetapi jangan lupa untuk berdoa.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails